Wednesday, December 1, 2010

sikit lagi

pendawaian pula ada dua jenis ...iaitu pendawaian baru bagi bangunan baru dan pendawaian semula bagi bangunan lama....sebolehnya cari pendawai yang bertauliah....ok ..mula-mula tu mesti kena ada plan lampu ..soket ..kipas...heater,,,accond...motor control (biasanya untuk pagar dan lain-lain).....
Pastu ....kira semua beban yang ada.....dan kemudian darab dengan faktor penggunaan...dapat lah maximum demand...maksudnya penggunaan sebenar yang perlu untuk rumah tu (ini berguna untuk permohonan bekalan elktrik ke tnb tau)....
sambung sikit lagi.....dari plan yang ada tu..kita tanam paip dalam bata...sebelum dinding diplaster la...kalau tak tukang rumah marah nanti...kalau atas siling tu takda masalah la ikut la nak pakai UPVC pon boleh trunking pon boleh casing pon boleh tapi jgn terbang la ...bahaya ...kalau kak ti gigit nanti...dok trip memanjang...
biasanya paip yang digunakan ialah dari jenis UPVC hing impact....saiz pulak ada yang 3/4 atau 1 inci....tapi cadangan saya guna yang 1 inci....sebab yang pertama adalah faktor ruang..maksudnya ruang dalam paip tu ada banyak jadi senang nak tarik wayar nanti...kalau nak buat pendawaian semula pun tak teruk no....harga tak lari banyak.....

Friday, November 5, 2010

tambah sikit

sebelum masuk rumah ....nak dapat bekalan mestilah daftar kat TNB ...maksudnya menghantar borang A permohonan bekalan...ini dilakukan oleh kontraktor elektrik berdaftar dengan ST...tapi sebelum daftar tu mestilah ada pemeriksaan ke atas sistem pendawaian, kotak fius agihan, tripping functional...sistem pembumian dan ada bacaan lah bagi ujian -ujian tertentu......tapi yg tu semua kontraktor yg uruskan ....bayaq ja....

Monday, August 9, 2010

Bagi sistem di Malaysia ...sistem bekalan untuk pengguna terbahagi kepada dua iaitu satu fasa dan tiga fasa...satu fasa ialah bekalan 240V biasanya untuk bekalan bagi kegunaan rendah macam kat rumah tu...bagi bekalan tiga fasa pula ialah bekalan 415V biasanya untuk bekalan agak tinggi mcm sekolah, bungalow, pasaraya dan tempat2 yg besar....

Friday, May 21, 2010

Sebagai permulaan ...anda perlu tahu di Malaysia ..kita menggunakan sistem 240V..tak sama mcm Jepun, Indonesia atau Thailand yang menggunakan sistem 110V. sebab apa 240V tu....sebab negara kita dijajah oleh british jadi kita pun ikutlah orang putih tu.Nak tau camna yang kata 240V tu nanti kita sambung ya..jgn banyak2 nanti tension ..sambil relax kita belajar ok..